THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Let's tweet

Sunday, July 31, 2011

Kelebihan berpuasa (Ramadhan al-Mubarak)

Assalamualikum w.b.t. & helo kpd pengikut-pengikut yg dksihi,

Apa khbr? Lma kn sya x mengemasknikn blog trcinta sya? Maaf ye, x sengaja. Slama minggu lps sya tlh pulang blik ke kg utk brjumpa smula dgn atok & nenek sya yg amt drindui. D sna xda Internet jdi sya menggunakn msa singkt yg dberikn oleh Allah S.W.T. utk brmnja-mnja dgn mreka brdua.

Uum, sok hri apa ek? Tau x? Ok, bgi kalian yg x tau, sok brmula le bulan yg trindah dlm stiap thun bgi smua warga Islam iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak (juga dkenali sbgai bulan brpuasa). Jdi, hri ini sya ingin brkongsi brsma kalian smua kelebihn brpuasa :

a) puasa mendekatkan diri dengan Allah -

Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

b) puasa mengawal syahawat :

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

c) puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]

d) puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]

Akhir kta, buat smua hamba-hamba Allah S.W.T. 'Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga diberkati Allah S.W.T. sentiasa.'

0 comments: