THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, October 5, 2011

Sambung belajar di UIAM ^^ !

Tidak sabar rasanya! Akhir bulan ini aku diberi peluang untuk sambung belajar di UIAM, di mana aku akan mengambil program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Beberapa minggu lepas, ada seorang kakak pelajar universiti sama yang bernama Nazirah daripada bekas sekolah menengahku berkata bahawa program tersebut memang pilihan terbaik buatku kerana ia mempunyai banyak kaitan dengan cita-cita aku masa hadapanku, banyak kelebihan yang boleh dicapai & yang membanggakan diriku, kakak tersebut pun mengambil program yang sama di lokasi tersebut. Alhamdulillah... Boleh kami saling berjumpa dari masa ke semasa.

Ini adalah pandangan lokasi tersebut:


Doakan aku agar aku dapat mencapai tahap siswazah, ya?
InsyaAllah, suatu hari nanti hamba Allah ini dapat mencapai impiannya. Amin!
Cemerlang, gemilang, terbilang!

0 comments: