THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 16, 2011

| 5 Alfa 2010's Reunion |

Assalamualikum & helo pelawat blogku,

Syukran alhamdulillah pada hari yang indah ini, kita semua masih bernyawa di bumi yang dikurniakan Illahi ^^ !

Aku tidak tahu apa kalian rasa pada hari ini tetapi buatku hari ini merupakan hari yang sungguh istimewa. Tentu sekali kalian teringin nak tahu kenapa kan? Ceritanya begini :

Pukul 11:48am --> Aku seperti biasa tengah mengemas rumah, menyusun barang di sini-sana bagi rumah nampak bersih & suci, tetiba aku telah menerima satu mesej (SMS) daripada seorang bekas rakan sekelas iaitu Amalina. Dia mengajak serta bertanya sama ada aku serta beberapa bekas rakan-rakan sekelasku yang lain free buat petang ini untuk menjalankan program reunion di KFC antara pukul 4:30pm-7:00pm. Aku pun selepas habis baca mesej yang dihantar olehnya, terus membalas secepat mungkin (punya le bersemangat, huhu...).

Selepas tugasku di kawasan rumah semua sudah tamat dalam pukul 4:15pm macam itu, aku pun lari dengan pantas ke destinasiku selanjutnya iaitu ke bilik air untuk freshen up bagi lega sikit badan (bina tenaga kembali), pakai baju berfesyen (perasan), make-up (hmm, konon) & selepas semua itu selesai dalam pukul 4:45pm, aku pun menuju ke arah destinasi bekas kelasku bertemu...

Ini adalah ceritanya secara ringkas & menarik :





Nampak seronok kan? Ini dikira sebagai kenangan manis diriku ^^ ! Harap-harap pada masa hadapan Allah akan memberi peluang kepada semua member-member kelas 5 Alfa 2010 untuk bertemu kembali, agar semua orang dapat hadir, dapat bertambah mesra :) !

0 comments: