Salam & helo sekalian,
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri. Tak sabar rasanya nak balik kampung ^^. Dapat bertemu semula dengan atok, nenek, pakcik-pakcik, makcik-makcik, & sepupu-sepupu tersayang.
Namun, hatiku tetap tak stabil :(. 50% gembira 50% sedih. Yang gembira tentu kalian tahu kenapa kan? Sudah dinyatakan di atas... Buat bahagian sedih itu kerana buat Hari Raya Aidilfitri tahun ini, cuma boleh balik kampung belah ayahanda sahaja kerana 3 hari selepas raya, aku akan menduduki peperiksaan IELTS di Pulau Pinang. Harap-harap aku dapat mencapai target aku iaitu sekurang-kurangnya 7 band score. Berdoa akan kejayaan aku ye...
Happy go lucky -_*! 3 hari sebelum hari lahir adik bongsuku, kami sekeluarga akan bertolak balik ke kampung belah bonda kami iaitu di Negeri Sembilan untuk mengucapkan tahniah kepada sepupuku & bakal suaminya yang akan berkahwin pada tarikh tersebut. Tak sabar nak berjumpa kembali dengan ahli-ahli keluarga belah bondaku :)! Me like, like, like ^^...
Akhir sekali, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca & pengikut-pengikutku... Semoga tahun ini lebih bermakna buat kita semua. Amin...
Wednesday, August 24, 2011
Selamat bercuti buat Hari Raya Aidilfitri ^^
Posted by Amy at 5:23 p.m.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment