THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 27, 2011

2 dalam 1

Tahun ini merupakan tahun yang sangat membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia. Tahu tak kenapa? Ok, saya berikan petunjuk :

2 hari lagi --> Hari Raya Aidilfitri
3 hari lagi --> Hari Kemerdekaan ke-54

Khas buat semua pengikut & tetamu blog tercinta saya :

Puasa melatih menahan keinginan,
terawih melatih tabah lawan kelelahan,
tadarus melatih sabar lawan kemalasan,
ramadhan adalah hari pelatihan,
lebaran adalah saat kemenangan,
selamat merayakan hari lebaran,
mohon maafkan segala kesalahan.


Jangan lupa juga akan hari istimewa buat tanah air tersayang :

Kini...
tiada lagi tangisan insan terseksa,
terkapai-kapai lemas mencari daratan,
berkorban jiwa pertahan negara,
penjajah durjana merampas segala.

54 tahun terdahulu,
stadium Merdeka menjadi saksi,
negaraku merdeka,
rakyatku tidak lagi sengsara,
menangis gembira mendapat cahaya.

Merdeka...
tiada lagi penjajahan,
tiada lagi penderitaan,
tiada lagi jeritan penyiksaan,
tanah air ditadbir insan bijak bestari,
memimpin negara mengukir nama.

Kini...
54 tahun sudah merdeka,
negaraku cemerlang, gemilang & terbilang,
burung berkicau bebas berterbangan,
menjadi tanda negaraku aman damai.

Maju berteknologi,
ke arah mencapai wawasan 2020,
kugenggam erat amanah pejuang tanah air,
pertahanlah kemerdekaan,
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan,
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati,
semoga kekal selamanya.

Merdeka tetap merdeka ^^ !


Syukur alhamdulillah kepadaMu Illahi akan tahun yang begitu indah ini!

0 comments: